Pages

Monday, 25 April 2011

Jangan Membazir!

Ahmad dan Ali kini berada di warung Mak Leha. 
Tak lama selepas tu, datang Hamba Allah nak mintak sedekah.

Hamba Allah: Assalamualaikum bang.

Ahmad dan Ali: Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh.

Hamba Allah: Bang, saya ni dari semalam lagi tak makan bang. Tido pun atas kotak je. Mintak tolong sket la bang ek.

Ahmad: Jap ek. Nah, amik la ni. Insha Allah boleh tahan sehari dua. Belanja elok-elok ek.

Hamba Allah pandang kat Ali pulak. Ali geleng-geleng kepala. Hamba Allah beredar.

Ali: Eh Ahmad, apsal ko bagi duit kat mamat tu?

Ahmad: Aik, kan dia cakap dia lapar tadi? So, aku tolong la dia.

Ali: Mane ko tau? Ntah-ntah dia tipu ko ape.

Ahmad: Kalau dia tipu, itu dia kena jawab ngan Allah la nanti. Tapi kalau dia tak tipu pastu aku tak tolong dia sedangkan aku boleh tolong, tu aku pulak kena tanggung.

Ali: Tapi aku tak selesa la bagi duit kat orang yang tipu ni. Kalau dia tipu camne?

Ahmad: Kalau pun betul apa yang ko cakap tu, si penipu pun kena makan gak kan? At least aku dapat pahala belanja dia makan, macam la ko akan dapat pahala sebab belanja aku skang ni.

Ali berfikir sejenak. Dia amik dompet dia pastu dia jerit...

Ali: Eh Hamba Allah, meh sini jap!

----------

"...O son of Adam, I asked you for food and you fed Me not.’ He will say: ‘O Lord, and how should I feed You when You are the Lord of the worlds?’ He will say: ‘Did you not know that My servant So-and-so asked you for food and you fed him not? Did you not know that had you fed him you would surely have found that (the reward for doing so) with Me? O son of Adam, I asked you to give Me drink and you gave Me no drink.’ He will say: ‘O Lord, how should I give You drink when You are the Lord of the worlds?’ He will say: ‘My servant So-and-so asked you to give him drink and you gave him no drink. Had you given him to drink you would have surely found that with Me.’" [Sahih Muslim - Hadith Qudsi no. 18]




thank you aiman azlan. :)

No comments:

Post a Comment